Jumat, 08 Mei 2009

Pucuk Ubi Masak Lemak

BAHAN-BAHAN:

1 kg pucuk ubi

5 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

3 cm halia (kisar)

2 cm kunyit hidup (kisar)

20 gm udang kering (kisar)

3 batang serai (ketuk)

3 helai daun limau purut

3 cm lengkuas (ketuk)

10 tangkai cili api (kisar)

1 liter air

5 cawan santan

Garam



CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.

2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.

3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata.

Hidangan untuk 5 orang


sumber:
www.sajionline.com

0 komentar:

Posting Komentar

Template by:
Free Blog Templates